Tuesday, February 9, 2010

[kolej1.jpg]


KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN telah ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Pada September, 1999 seramai 11 orang pensyarah perintis telah diambil bagi memulakan operasi penubuhan Kolej Islam Darul Ridzuan. Pada 4 Oktober, 1999 seramai 47 orang pelajar perintis telah diambil bagi mengikuti 3 program Pengajian iaitu Diploma Syariah Islamiyyah, Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dan Diploma Usuluddin.


Pada peringkat awalnya Kolej Islam Darul Ridzuan telah didaftarkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996 di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Kampus sementara Kolej Islam Darul Ridzuan terletak di Jalan Dato’ Seri Shaari, Off Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh. Kampus ini telah dirasmikan oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 16 Oktober, 1999.


Pada 17 November, 2000 Dewan Undangan Negeri Perak telah meluluskan enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan yang menjadikan Kolej Islam Darul Ridzuan sebagai sebuah Badan Berkanun yang terletak terus di bawah Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.


Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan telah diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan telah diperkenankan oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Mac 2002 dan telah disiarkan untuk pengetahuan umum pada 28 Mac, 2002. Pada 24 Mei 2003 penubuhan Kolej Islam Darul Ridzuan telah didaftarkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.