Pentadbiran

Bahagian Pentadbiran


Bahagian Pentadbiran terdiri daripada 3 jabatan utama iaitu:-
  1. Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia
  2. Jabatan Kemasukan, Rekod dan Teknologi Maklumat
  3. Jabatan Pembangunan

Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia terdapat 4 unit utama iaitu:-
  1. Unit Perhubungan Awam dan Pengurusan Pejabat
  2. Unit Perjawatan dan Displin Kakitangan
  3. Unit Latihan (Pusat Latihan Pengurusan Sumber Manusia)
  4. Unit Perladangan dan Korporat
Unit Perhubungan Awam dan Pengurusan Pejabat
Fungsi :
Perhubungan Awam - sebagai jurucakap kolej, menguruskan alat komunikasi   kolej, urusan mesyuarat majlis bersama jabatan, promosi kolej dan galeri kolej.
Pengurusan Pejabat - urusan pentadbiran am kolej, urusan surat menyurat kolej, urusan fail jabatan, urusan mesyuarat lembaga pengarah, urusan mesyuarat pengurusan dan urusan arkib kolej.
Unit Perjawatan dan Displin Kakitangan
Fungsi :
Perjawatan - Pengambilan kakitangan, perancangan pengambilan, justifikasi perjawatan, pengiklanan pengambilan kakitangan, temuduga, pelantikan kakitangan, penyediaan rekod perkhidmatan, mesyuarat panel pengurusan sumber manusia dan urusan fail sulit peribadi kakitangan.
Disiplin Kakitangan - Kehadiran kakitangan, cuti kakitangan, disiplin kakitangan, kenaikan pangkat, anugerah kecemerlangan, penilaian prestasi kakitangan, panel klinik, takaful kakitangan dan segala urusan kelulusan pinjaman kakitangan.
Unit Latihan (Pusat Latihan Pengurusan Sumber Manusia)
Fungsi :
Unit Latihan - Penyimpanan rekod latihan kakitangan, perancangan latihan kakitangan, menghantaran kakitangan berkursus, induksi khusus, induksi umum dan lain-lain kursus dan latihan yang berkaitan dengan kakitangan.
Pusat Latihan Pengurusan Sumber Manusia - Penyediaan tempat latihan, penyediaan kurikulum latihan, perancangan latihan, matrik latihan, kompentensi latihan, penyediaan risalah latihan, penceramah, penginapan, makanan dan minuman semasa latihan, jadual latihan dan urusan semasa latihan.
Unit Perladangan dan Korporat
Fungsi :
Perladangan - urusan mendapatkan geran, urusan mendapatkan tanah, urusan mengukur tanah, urusan mengeluarkan hasil hutan, urusan penanaman kelapa sawit, urusan mendapatkan kewangan bagi tanaman kelapa sawit, urusan penubuhan syarikat perladangan dan urusan kawalan kepada syarikat perladangan bagi pihak kolej, urusan mendapatkan hasil keuntungan perladangan bagi pihak kolej.
Korporat - urusan penubuhan syarikat-syarikat sampingan, urusan hiliran tanah kolej dan hasil perladangan kolej.

Jabatan Kemasukan, Rekod dan Teknologi Maklumat mempunyai 3 unit utama iaitu :
  1. Unit Kemasukan dan Rekod
  2. Unit Teknologi Maklumat
Unit Kemasukan dan Rekod
Fungsi :
Kemasukan - menguruskan pengiklanan pengambilan pelajar, urusan memproses pengambilan pelajar, tawaran kemasukan pelajar, pendaftaran pelajar baru, taklimat ibubapa semasa hari pendaftaran dan penyediaan fail rekod pelajar.
Rekod - memasukkan data pelajar baru, mengemaskini data pelajar, pengeluaran diploma pelajar, pengeluaran transkrip pelajar, pengurusan konvokesyen pelajar, pengurusan penghantaran pelajar ke timur tengah dan pengurusan alumni pelajar.
Unit Teknologi Maklumat
Fungsi :
Perolehan - Menguruskan segala perolehan yang berkaitan dengan komputer dan peralatan audio visual, penyediaan spesifikasi, pengawalan pemasangan peralatan dan terimaan pesanan.
Selenggaraan - Menyelenggara seluruh komputer dan peralatan audio visual secara berjadual dan membuat semakan pembaikan peralatan komputer dan audio visual dan mengemaskini portal jabatan.
Networking - Menyelenggara semua networking komputer jabatan, internet, e-mail jabatan dan sebagainya.
Sistem Maklumat - Menyedia perisian sistem maklumat jabatan, mengawalselia sistem maklumat jabatan, menguruskan pengeluaran rekod-rekod berkaitan sistem maklumat jabatan dan menguruskan back-up sistem maklumat jabatan.

Jabatan Pembangunan mempunyai 3 unit utama iaitu :
  1. Unit Pembangunan
  2. Unit Kenderaan
  3. Unit Keselamatan
Unit Pembangunan
Fungsi :
Pembinaan - Menguruskan urusan pembinaan bangunan-bangunan, pembinaan tambahan bangunan, paip air, eletrik, longkang dan pembentungan.
Selengaraan -  Menguruskan urusan selenggaraan bangunan, eletrik, air, hawa dingin, serangga, pewangi, sanitary bin dan sebagainya.
Kebersihan - Menguruskan urusan kebersihan dalam pejabat dan luar pejabat, lanskap, kantin dan termasuk kesihatan premis-premis makanan dan kerja-kerja am yang lain.
Sewaan - Menguruskan segala urusan sewaan bangunan daripada syarikat-syarikat luar, perjanjian sewaan dan bayaran sewaan.
Unit Kenderaan
Fungsi :
Selengaraan - Menguruskan urusan petrol, kad touch and go, buku log kenderaan, kebersihan kenderaan, penghantaran selenggaraan berjadual dan keselamatan kenderaan.
Penggunaan - Menguruskan jadual perjalanan kenderaan dan penggunaan kenderaan.
Unit Keselamatan
Fungsi :
Keselamatan - Menguruskan urusan keselamatan keluar masuk kenderaan, keselamatan bangunan, keselamatan harta dalam bangunan dan keselamatan kakitangan dan pelajar kolej.